Ole Gunnar Solskjaer yakin Anthony Martial mampu meraih 20 gol bersama Manchester United musim ini tetapi mahukan penyerang itu meningkatkan tahap fizikalnya.

Martial menjaringkan gol ke-14 dalam semua kejohanan semalam selepas membantu pasukan seri 1-1 dalam aksi pusingan 32 berdepan Club Brugge.

Jaringan tersebut hadir tiga hari selepas penyerang itu menanduk gol pembukaan ketika United mengatasi Chelsea di Stamford Bridge.

Tiada pemain United meraih 20 dalam semusim sejak Romelu Lukaku bagi musim 2017-18 namun Marcus Rashford telah mencetak 19 gol bagi musim ini, namun kecederaan memaksanya terlepas baki musim ini.

Solskjaer berasakan Martial mula membiasakan diri beraksi sebagai penuerang selepas lama meluangkan masa sebagai pemain sayap, dan menjangkakan pemain berusia 24 tahun itu mengekalkan prestasinya.

"Saya berasakan Martial mampu menambah lagi bilangan jaringan dan mencapai 20 gol," katanya.

"Dia memiliki kualiti, sentuhan penyudahnya juga sangat baik. Dia menggunakan setiap peluang dengan baik.

"Apa yang saya mahukannya untuk mempertingkatkan lagi kekuatan fizikalnya.



Solskjaer mahukan United lebih klinikal berdepan Watford Ahad ini, selepas mereka dikecewakan dengan kekalahan 2-0 di Vicarage Road Disember lalu.

Pengurus United itu turut berharap pemain baru, Bruno Fernandes dan Odion Ighalo -– yang beraksi bersama Watford selama tiga musim -- akan memberikan kelebihan kepada pasukannya.

"Ia merupakan perlawanan yang mengecewakan, kami seharusnya menang dalam perlawanan itu.

"Saya berasakan dengan kehadiran Fernandes dan Ighalo, kami akan meraih lebih banyak gol."