Penyerang Manchester United, Anthony Martial mengakui dia kecewa dengan kekurangan masa beraksi bagi musim ini, tetapi telah berikrar untuk berjuang bagi mendapatkan tempatnya.

Pemain kebangsaan Perancis itu menyertai United pada kempen 2015-16 dari Monaco, tetapi gagal untuk membuktikan kemampuan sebenarnya untuk musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya melalui tujuh perlawanan selaku kesebelasan utama di Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah Jose Mourinho dan tidak gembira dengan peranan selaku pemain gantian.

"Ia sesuatu yang menjengkelkan untuk berada di bangku simpanan, ia benar-benar menjengkelkan," penyerang itu memberitahu SFR Sport.

"Tetapi ini adalah satu ujian yang perlu saya lalui. Itu adalah cara yang perlu anda lalui sebagai pemain yang sedang meningkat naik dan ia akan membantu untuk membentuk mentaliti anda.

"Ia adalah sukar kerana satu-satunya perkara yang anda mahu lakukan adalah beraksi dan membantu pasukan tetapi anda tidak boleh berbuat demikian apabila anda berada di bangku simpanan. Tetapi itu adalah perkara yang saya perlu terima.

"Saya tahu ramai yang mengharapkan lebih banyak daripada saya, tetapi mungkin mereka lupa bahawa saya masih muda.

"Semua orang boleh berfikir apa sahaja yang mereka mahu dan mereka boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, tetapi itu tidak mengubah apa-apa untuk saya."