Martial jauh lebih baik daripada saya -- Henry

Oleh Penulis Jemputan 6 Oktober 2017 1901
Martial jauh lebih baik daripada saya -- Henry
Pemegang rekod jaringan Perancis dan Arsenal, Thierry Henry percaya Anthony Martial, merupakan pemain yang jauh lebih baik daripadanya pada usia yang sama.

Pada usia 21 tahun, Martial telah berhijrah ke Manchester United dari Monaco pada 2015 dengan nilai perpindahan yang mampu mencecah GBP58 juta (RM321 juta) -- menjadikan dirinya ketika itu pemain muda termahal dunia dalam sejarah.

Henry ketika berusia 21 tahun telah memenangi Piala Dunia ketika dia berhijrah ke Arsenal dari Juventus pada 1999, sebelum berjaya memintas rekod penjaring terbanyak The Gunners yang dipegang oleh Ian Wright.

Di sebalik persembahan cemerlang pada awal musim bersama United -- dengan lima gol berjaya dicetak dalam sembilan penampilan dalam semua kejohanan, Martial tidak terpilih untuk menyertai skuad Perancis untuk aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Bulgaria dan Belarus.

Dikurniakan dengan gerakan yang pantas dan sering beraksi pada bahagian sayap kiri, Martial kerap dibandingkan dengan rakan senegaranya, Henry, yang berasakan Martial berada pada tahap yang lebih baik daripadanya pada usia yang sama.

"Martial merupakan pemain yang jauh lebih baik ketika saya berusia 21 tahun," kata Henry.

"Dia mampu menjadi pemain bertaraf dunia."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen