Liverpool terpaksa melupakan khidmat Sadio Mane selama enam minggu ekoran kecederaan hamstring menjelang pertemuan getir Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Manchester United, Sabtu ini.

Mane dilanda masalah itu ketika memperkuatkan Senegal sebelum diketepikan dalam kemenangan 2-0 ke atas Cape Verde dalam aksi kelayakan Piala Dunia, Sabtu lalu.

Ia merupakan kali kedua Mane terpaksa diketepikan selepas digantung tiga perlawanan susulan terjahan kerasnya ke atas penjaga Manchester City, Ederson, bulan lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu -- yang menyumbang tiga gol dalam lima aksi EPL -- hanya terlibat dalam satu perlawanan sejak penggantungan itu dan kini terpaksa berehat panjang pula.

Mane akan terlepas kunjungan ke Old Trafford minggu ini, termasuk aksi dengan Tottenham Hotspur, hujung bulan ini.

Dia juga hampir pasti tidak akan diturunkan bagi aksi Liga Juara-Juara (UCL) dengan Maribor sambil dalam keraguan bagi pertemuan dengan Sevilla untuk mereka mara ke pusingan kalah mati.