Manchester United layani Schweinsteiger seperti seorang bangsat

Oleh Stefan Coerts 4 November 2016 5
Manchester United layani Schweinsteiger seperti seorang bangsat
Bekas presiden Bayern Munich, Uli Hoeness, telah menuduh Manchester United melayani Bastian Schweinsteiger "seperti seorang bangsat".

Schweinsteiger telah berlatih bersendirian atau bersama barisan simpanan United sejak ketibaan Jose Mourinho selaku pengurus, dengan jurulatih Portugis itu menganggap penyerang berusia 32 tahun itu sebagai lebihan.

Bekas kapten Jerman itu, bagaimanapun, telah menyertai pasukan pertama dalam latihan minggu ini, tapi Hoeness belum melupakan sikap Mourinho terhadap Schweinsteiger.

“Sukar hendak dipercayai apa yang telah berlaku ke atas Schweinsteiger di Manchester United," Hoeness memberitahu AZ.

“Untuk tidak membenarkan seorang pemain seperti Schweinsteiger berlatih bersama pasukan, untuk tidak menyertakannya dalam foto pasukan dan untuk melayaninya seperti seorang bangsat dan menolaknya ke tepi tidak memperkatakan sesuatu yang baik bagi sebuah kelab di sebalik ia menceritakan banyak mengenai situasi di kelab itu.

"Schweinsteiger adalah seorang yang menakjubkan dan seorang pemain mengagumkan untuk Bayern Munich. Adalah malang United melakukan ini terhadapnya.”

Tentang Penulis

Stefan Coerts

Komen