Bintang Liverpool, Mohamed Salah, menjadi sasaran penyandang juara LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL), Real Madrid, jelas ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hector Cuper.

Salah mempamerkan persembahan cemerlang sejak berhijrah dari kelab Serie A, Roma, ke Anfield, dengan merekodkan 17 gol dalam semua kejohanan.

Pemain kebangsaan Mesir itu, yang bakal menghadapi saingan Piala Dunia Russia 2018, tidak dapat menambah bilangan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Liverpool membenam Brighton and Hove Albion 5-1, semalam.

Cuper mendedahkan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun berkenaan bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.

"Saya teah diberitahu bahawa Real berminat mendapatkan khidmat Salah tetapi kami tidak akan mengusahakannya untuk mereka," kata Cuper.

"Buat saya, ia adalah situasi yang baik buat masa ini."

Salah bakal bergandingan dengan Cuper di Russia selepas Mesir diundi dalam Kumpulan A bertemu Russia, Arab Saudi dan Uruguay.