Maddison mahu kekal sarung jersi Leicester

Oleh Ammar Hakim 27 April 2020 151
Maddison mahu kekal sarung jersi Leicester
Bintang Leicester City, James Maddison, menyatakan hasratnya untuk kekal bersama kelab itu walaupun dikaitkan bakal menyertai Manchester United.

Aksi cemerlang Maddison bersama Leicester meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain sasaran United yang dikendalikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain kebangsaan skuad England itu masih lagi memiliki kontrak sehingga 2023 untuk terus beraksi di Stadium King Power.

Ditanya oleh peminat jika akan kekal di Leicester, Maddison berkata menerusi akaun Twitter BT Sport: "Sudah pasti."

Katanya lagi, "Ia merupakan keputusan yang tepat saya ambil untuk berhijrah ke sini."



Leicester menandatangani Maddison dari Norwich City pada 2018 dengan yuran perpindahan bernilai GBP20 juta.

Maddison menyerlah sepanjang bergelar pemain The Foxes, kini merekodkan 16 gol dalam setiap perlawanan sejak penghijrahannya.

Sebelum musim 2019-20 ditangguh ekoran pandemik koronavirus, Maddison meledak enam gol dan menyalurkan tiga bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leicester menghuni tangga ketiga selepas 29 perlawanan sebelum saingan ditangguh bulan lalu.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen