Jose Mourinho menegaskan Manchester United tidak boleh merehatkan penyerang, Romelu Lukaku, sehingga Zlatan Ibrahimovic kembali pulih dan dapat beraksi.

Lukaku telah membuat penampilan sulung yang mantap di United, menjaringkan 10 gol dalam sembilan perlawanan sejak berhijrah dari Everton.

Ibrahimovic, yang dijangka kembali ke dalam pasukan pada Januari selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut, akan melonjakkan lagi mutu permainan United bagi musim 2017-18.

Menerima kunjungan Crystal Palace hari ini, Mourinho menegaskan pemain berusia 24 tahun itu akan terus mengetuai jentera serangan sehingga Ibrahimovic dapat diturunkan sekali lagi.

"Tanpa Ibrahimovic, kami tidak boleh menggantikan penyerang, terutama sekali Marcus Rashford yang turut beraksi dalam posisi yang berbeza," katanya.

"Buat masa ini sehingga kami memiliki Ibra, kami tidak boleh merehatkan pemain nombor sembilan kami."

Lukaku tidak memberikan petanda untuk memperlahankan momentumnya bersama United selepas dia dipilih sekali lagi untuk beraksi bersama Belgium bagi saingan kelayakan Piala Dunia.

Mourinho enggan menjelaskan mengenai prestasi semasa Lukaku di United, dengan menyifatkan penyerang itu menggunakan setiap peluang dengan sebaik mungkin.

"Saya enggan bercakap mengenai peningkatan`` persembahannya.

"Lukaku mengambil setiap peluang dengan baik dan menjadi tunjang kemenangan United dalam beberapa perlawanan setakat ini."