Lukaku mungkin terlepas sekurang-kurang dua perlawanan - Mourinho

Oleh Penulis Jemputan 31 Disember 2017 771
Lukaku mungkin terlepas sekurang-kurang dua perlawanan - Mourinho
MANCHESTER UNITED 0 SOUTHAMPTON 0

Jose Mourinho percaya Romelu Lukaku mungkin terlepas dua perlawanan selepas mengalami kecederaan kepala dalam perlawanan seri tanpa jaringan dengan Southampton di Old Trafford, awal pagi tadi.


Lukaku berlanggar dengan pertahanan, Wesley Hoedt, pada minit kelapan dan insiden itu membuka laluan untuk Marcus Rashford beraksi.

Pemain antarabangsa Belgium itu menerima rawatan beberapa minit sebelum dibawa meninggalkan padang.

Dan ketika Mourinho masih tidak pasti sejauh mana keadaan kecederaan Lukaku, dia tidak jangka dapat menggunakan khidmat pemain itu dalam kunjungan pasukannya ke Everton awal pagi Selasa atau berdepan Derby County dalam pusingan ketiga Piala FA, Sabtu ini.
 
"Saya tidak tahu," katanya dalam sidang akhbar. "Saya tahu selalunya kecederaan teruk disusuli berita buruk tetapi ia belum tiba.

"Tetapi meninggalkan padang seperti itu, kami tidak berfikir dua kali untuk membuat keputusan dengan serta-merta. Ia kerana masalah itu tidak hanya untuk hari ini tetapi dua perlawanan berikutnya, saya pasti," ujarnya.

Kehilangan Lukaku menjadi tamparan tambahan buat Mourinho, yang pada awalnya mengesahkan Zlatan Ibrahimovic juga akan direhatkan akibat kecederaan lutut.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen