Bintang Manchester United, Romelu Lukaku, bergelut dengan masalah kecederaan buku lali tetapi pegawai perubatan skuad Belgium mengesahkan dia dapatmengelak daripada kecederaan serius.

Lukaku membuat penampilan sulung yang cemerlang di United dengan menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan setakat ini.

Pemain berusia 24 itu telah menjalani penilaian terhadap kecederaan buku lalinya semalam tetapi tiada kecederaan serius yang dialami dan akan menjalani latihan individu dan perkara itu telah disahkan oleh pegawai skuad kebangsaan Belgium.

Lukaku dilaparkan mengalami kecederaan itu ketika United meraih kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian Lukaku dapat beraksi bagi aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Bosnia-Herzegovina dan Cyprus.

Belgium telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2018 dengan mengungguli Kumpulan H selepas meraih lapan mata dengan berbaki dua perlawanan.