David Luiz memuji kesan yang dibawa oleh Mikel Arteta sejak hadir ke Arsenal dan berkata pengurus itu membuatkan The Gunners bersatu.

Arteta mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris itu Disember lalu, mencatat lapan kemenangan dan hanya dua kekalahan dalam 16 perlawanan.

Luiz berkata bekas kapten Arsenal itu memberikannya ruang untuk memahami kelab sambil membuatkan semua pemain bersatu.

"Apa yang membuatkan saya teruja sejak dia tiba, dia membuatkan kelab bersatu bukan sahaja dalam kalangan pemain," katanya.

"Saya mahu kelab berusaha bersama, berkongsi idea dan tujuan.

"Biar semua orang tahu sebab kami di sini, siapa yang diwakili dan apa yang patut dilakukan.

"Sejak hari pertama, saya melihatnya dan kini faham mengapa saya di sini. Sejak itu, saya terpesona dengan prestasi dan cara dia mengendalikan pasukan."

Arsenal menduduki tangga kesembilan liga ketika musim ditangguhkan ekoran wabak coronavirus.


Bulan lalu, Arteta diuji positif Covid-19 dan kini telah pulih tetapi Luiz menyifatkannya sebagai tempoh mengerikan buat kelab.

"Kami takut. Sewaktu dia diuji positif, kami bersedih, takut dan terkandas di rumah," tambahnya.

"Kami menjalani kuarantin sebelum orang lain melaluinya di England, hanya disebabkan itu. Ia satu amaran terbaik untuk kami memandangkan dia sangat rapat dengan kami dan diuji positif.