Llorente perkasa benteng Leeds 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 September 2020 767
 Llorente perkasa benteng Leeds 
Leeds United semakin hampir melengkapkan perpindahan Diego Llorente selepas Real Sociedad mengumumkan mereka secara prinsipnya telah mencapai persetujuan.

Langkah itu bergantung kepada Llorente yang akan menjalani perubatan di Leeds dalam perjanjian yang dilaporkan mencecah nilai £18.7 juta (RM98.5 j).

Bekas pertahanan tengah Real Madrid itu berpindah ke Sociedad pada 2017 selepas mengharungi kempen pinjaman di Rayo Vallecano dan Malaga dengan memberangsangkan. 

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab LaLiga itu berbunyi: "Real Sociedad ingin berterima kasih kepada Diego atas sikap profesionalisme dan komitmen yang dipamerkannya selama tiga tahun di sini, pada masa yang sama kami mengucapkan selamat maju jaya pada masa depan, baik peribadi dan profesionalnya."
 

Pemain antarabangsa Sepanyol itu bakal bersaing merebut tempat dengan ketua pasukan, Liam Cooper, dan pemain baru, Robin Koch. 

Leeds memungut tiga mata dalam dua perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL)  apabila mengatasi Fulham 4-3 selepas tewas kepada Liverpool dengan jaringan sama. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen