Liverpool tidak mampu kehilangan Klopp

Oleh Penulis Jemputan 14 Oktober 2017 1081
Liverpool tidak mampu kehilangan Klopp
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, yakin bahawa pasukannya akan menghadapi masalah untuk mencari pengganti seandainya dia dipecat.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu sedang melalui musim keduanya di Anfield, namun mengharungi kempen yang sukar selepas hanya memenangi satu perlawanan daripada tujuh perlawanan dalam semua kejohanan.

Bagaimanapun, Klopp percaya bahawa masih banyak peningkatan yang perlu dilakukan oleh pasukannya dan percaya dia merupakan individu yang tepat untuk memacu kejayaan buat The Kop walaupun kini berada tujuh mata daripada puncak liga.

“Kami bukan pasukan yang memiliki jurang terbesar dengan pasukan teratas buat masa sekarang walaupun jika dilihat pada mata yang diraih, wujud perbezaan.

“Jika hari ini saya tiba sebagai pengurus, situasinya akan tetap sama. Semua orang perlu bersabar dan memberikan saya sedikit masa. Ia pasti sempurna.

“Malangnya, jika mereka memecat saya, saya tidak rasa ada pengurus lain yang mampu mengurus pasukan seperti apa yang saya lakukan. Saya bukan individu yang sempurna tetapi agak sukar untuk menemui pilihan yang lebih baik,” kata Klopp.

“Saya rasakan bahawa kini Liverpool berada di pertengahan buat segala perkara. 

"Kami tidak berada di permulaan yang baik tetapi perjalanan masih jauh. Saya mengetahui tentang perkara ini, jadi saya tidak terperanjat.”

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen