Liverpool perlu tampil aksi terbaik berdepan Arsenal -- Klopp

Oleh Penulis Jemputan 3 November 2018 311
Liverpool perlu tampil aksi terbaik berdepan Arsenal -- Klopp
Jurgen Klopp mendedahkan Liverpool perlu menampilkan aksi terbaik ketika beraksi di Stadium Emirates jika mahu mengatasi Arsenal, awal pagi esok.

The Reds akan berkunjung ke London untuk berdepan salah sebuah pasukan yang masih belum tewas dalam 10 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Arsenal ketinggalan empat mata di belakang Liverpool.

Selepas tewas kepada Manchester City dan Chelsea dalam dua aksi pembukaan musim 2018-19, Arsenal kini tanpa kalah dalam saingan liga di bawah pimpinan Unai Emery serta menjaringkan 22 gol.

Alexandre Lacazette, Pierre-Emerick Aubameyang dan Mesut Ozil menyerlah sejak beberapa minggu lalu dan Klopp mengetahui untuk menamatkan rentetan 13 perlawanan tanpa kalah The Gunners bukan tugas yang mudah.

"Selepas permulaan sukar, mereka mempamerkan kebangkitan. Saya menjangkakan perlawanan yang menarik.

"Arsenal adalah antara pencabar kelompok empat pasukan terbaik. Mereka tewas dalam dua perlawanan awal tetapi mempamerkan persembahan berkualiti selepas itu.

"Liverpool memerlukan aksi terbaik untuk perlawanan ini kerana mereka mampu menghadirkan ancaman.

"Ia adalah perlawanan yang sukar, tiada siapa yang memberikan mata kepada mereka. Mereka berhak meraihnya dan kami perlu bersedia."

Klopp, yang tidak terkejut dengan impak Emery bersama Arsenal sejak menggantikan Arsene Wenger, berkata perubahan merupakan sesuatu yang diperlukan The Gunners.

"Semua orang mengetahui kebolehan yang dimiliki Emery. Persembahan Arsenal semakin meningkat dengan kehadirannya.

"Emery telah menghadirkan perubahan dalam pasukan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen