Liverpool lakar sejarah dengan kemenangan ke atas Bournemouth

Oleh Penulis Jemputan 18 Disember 2017 5044
Liverpool lakar sejarah dengan kemenangan ke atas Bournemouth
BOURNEMOUTH 0 LIVERPOOL 4

Liverpool melakar sejarah di atas kemenangan selesa 4-0 ke atas Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality, semalam


Dengan menewaskan The Cherries, skuad bimbingan Jurgen Klopp itu menjadi pasukan pertama dalam EPL untuk memenangi empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan dengan jurang tiga gol atau lebih.

Rentetan kemenangan ini bermula dengan menewaskan West Ham 4-1 sebelum Liverpool menundukkan Stoke City 3-0 serta membenam Brighton and Hove Albion 5-1 di Stadium Amex.

Mohamed Salah turut meledak gol kelimanya dalam empat perlawanan, dengan Philippe Coutinho, Dejan Lovren dan Roberto Firmino berjaya menemui sasaran ketika menewaskan skuad Eddie Howe itu.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen