NEWCASTLE 1 LIVERPOOL 1

Jurgen Klopp kecewa dengan pengadil perlawanan, Craig Pawson, kerana tidak memberikan sepakan penalti kepada Liverpool ketika terikat 1-1 dengan Newcastle United,
semalam.


Philippe Coutinho membuka jaringan pada minit ke-29 sebelum Joselu menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

DeAndre Yedlin telah melakukan kekasaran dengan menarik baju Dejan Lovren sebelum tamat separuh masa pertama.

Pawson tidak memberikan sepakan penalti dan Klopp bingung dengan keputusan tersebut walaupun menyedari Liverpool banyak membazirkan peluang -- percubaan Georginio Wijnaldum sekadar terkena palang gol manakala Lovren dan Sadio Mane gagal menyempurnakan peluang terhidang -- yang menjadi antara punca The Reds gagal melakar kemenangan.

"Kami berhak meraih sepakan penalti. Ia merupakan satu kesalahan tetapi pengadil perlawanan tidak memberikan apa-apa kepada kami.

"Jika anda tidak membantu diri sendiri, tiada siapa yang akan menghulurkannya. Ia akan kekal begini sehingga anda menjaringkan gol.

"Saya tidak berpuas hati dan kecewa. Beraksi di tempat lawan dianggap sukar oleh mana-mana pasukan lain.

"Kami telah menjaringkan gol yang cantik dan mencipta peluang. Kami menghasilkan lima atau enam peluang keemasan, namun gagal menembusi gawang lawan.

"Saya tidak melihat Newcastle melakukan perkara yang sama. Mereka memiliki satu peluang dan menyempurnakannya. Keputusan ini kurang adil untuk kami," hujahnya.