Liverpool berhak bergelar juara tetapi tidak perlu penyingkiran -- Bloom

Oleh Nafis Abdullah 19 April 2020 354
Liverpool berhak bergelar juara tetapi tidak perlu penyingkiran -- Bloom
Pemilik Brighton and Hove Albion, Tony Bloom, percaya Liverpool berhak untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris tetapi tiada penyingkiran patut dibuat jika musim tidak ditamatkan.

Kempen musim ini ditangguhkan bulan lalu ekoran wabak coronavirus dan masih belum ada keputusan untuk disambung.

Liverpool kini 25 mata mendahului carta liga sambil Bournemouth, Aston Villa -- yang beraksi kurang satu perlawanan -- serta Norwich City berada dalam zon penyingkiran.

Brighton hanya dibezakan dua mata daripada kelompok tiga terbawah dan Bloom berkata mata setiap perlawanan perlu digunakan untuk mendapatkan juara liga serta kelayakan Eropah tetapi tidak penyingkiran.

"Saya tidak meramalkan situasi ini. Jika musim tidak ditamatkan, pasukan akan disingkirkan berdasarkan sistem mata setiap perlawanan," katanya.

"Saya tidak fikir ia sesuatu yang dapat difahami apabila pasukan yang tidak dapat beraksi pada baki musim, mungkin kehilangan 0.2 mata dalam sistem ini.

"Ia juga tidak mengambil kira kekuatan pasukan yang belum anda hadapi.

"Anda mungkin menemui juara, jelas sekali Liverpool berhak. Anda boleh gunakan kriteria itu untuk kelayakan Eropah tetapi saya tidak lihat bagaimana orang ramai memilihnya terutama buat pasukan yang dalam zon penyingkiran."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen