Liputan EPL paling komprehensif dan banyak lagi acara sukan secara langsung di Astro

Oleh Ammar Hakim 3 September 2020 64
Liputan EPL paling komprehensif dan banyak lagi acara sukan secara langsung di Astro
Setelah mengambil 30 tahun untuk meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool kini menjadi sasaran utama bagi pasukan seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea untuk musim 2020/21, di mana pasukan Jurgen Klopp berjuang untuk mempertahankan takhta mereka.

Musim baharu akan bermula pada 12 September 2020 dan dengan Pek Sukan Astro, peminat bola sepak boleh mengalami setiap detik penting serta drama di EPL.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro berkata: “Peminat sukan, terutamanya peminat bola sepak tegar merupakan penonton yang paling bersemangat. Dengan kemunculan semula siaran secara langsung acara sukan, Astro amat teruja untuk menyajikan peminat sukan Malaysia dengan acara sukan terbesar di dunia. Dan tiada ada liga bola sepak yang lebih besar dan menarik daripada Liga Perdana. Selain memberikan liputan yang paling komprehensif, Astro membawa tontonan bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan Ultra Box dan Jalur Lebar yang menawarkan siaran perlawanan secara langsung dalam 4K UHD yang tiada tandingannya. Kini, pelanggan tidak akan lagi ketinggalan untuk menonton siaran langsung dengan aplikasi Astro GO dan strim program Liga Perdana secara eksklusif secara on demand pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada. 

"Kami sedar bahawa ketika mengharungi situasi global terkini, adalah penting buat kami di Astro untuk terus berusaha mencari kaedah baharu agar dapat kekal berhubung dengan pelanggan dan peminat sukan secara maya. Kami lihat, terdapat ruang dalam segmen pembangunan sukan, justeru kami berusaha untuk memacu pendapatan dan nilai di ruangan-ruangan digital ini dengan memperhebatkan inisiatif-inisiatif baharu.”

LIPUTAN LIGA PERDANA PALING KOMPREHENSIF, DAN BANYAK LAGI

Sebagai syarikat penyiaran rasmi Liga Perdana secara eksklusif di Malaysia, Astro membawa peminat bola sepak menyaksikan kesemua 380 perlawanan secara langsung di kaca televisyen dan aplikasi Astro GO.

Dengan kemunculan semula siaran secara langsung acara sukan, Astro dengan berbesar hati dapat sekali lagi menyajikan pelanggannya dengan acara sukan global terbesar seperti Liga Perdana, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, serta acara lain termasuk Formula 1, Moto GP, UFC, NBA dan banyak lagi.

Pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai tontonan lebih tinggi dan fleksibel dengan adanya peluang memilih untuk menambah Pek Sukan dari mana-mana Pek Starter, yang membolehkan peminat menonton acara sukan global di sebelas (11) saluran berdefinisi tinggi.

PENGALAMAN MENONTON TERBAIK

Dapatkan pengalaman menonton terbaik dengan Astro Ultra Box untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana terpilih secara langsung dalam 4K UHD, yang menawarkan kejelasan empat (4) kali lebih tinggi daripada HD.

Gabungkan Ultra Box dengan Jalur Lebar Astro untuk membolehkan anda berinteraktif dan berupaya untuk menstrim kandungan menerusi on demand. Pengalaman baharu Astro juga
merangkumi Rakaman Awan dan antaramuka pengguna baru yang lebih lancar di semua skrin peranti, cadangan kandungan yang lebih baik berdasarkan latar belakang tontonan sukan pilihan penonton, permainan dari awal semua perlawanan langsung dan kebolehan untuk merakam beberapa siaran langsung acara sukan pada satu masa yang sama.

ASTRO BEKERJASAMA DENGAN LIGA PERDANA UNTUK ‘BOOT OUT PIRACY’

Liga Perdana, dengan kerjasama Astro, akan melancarkan kempen anti-cetak rompaknya yang pertama, ‘Boot Out Piracy’ pada minggu hadapan. Kempen pengiklanan yang akan dijalankan di seluruh platform digital ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kualiti tontonan yang telah dikompromi serta risiko yang bakal dihadapi oleh peminat ketika menonton perlawanan menerusi platform-platform yang distrim secara tidak sah dan menyalahi undangundang seperti malware dan ransomware, yang mana sering menyebabkan kecurian dan penipuan data.

Paul Molnar, Pengarah Penyiaran di Liga Perdana, mengatakan: “Pangkalan peminat Malaysia sangat penting bagi kami dan kami mempunyai penyokong setia yang mengikuti Liga Perdana dan kelab-kelab kami pada setiap minggu. Astro telah menjadi rakan kongsi kami selama lebih sedekad, menawarkan liputan komprehensif mengenai perlawanan kami dan memainkan peranan besar dalam menarik peminat dengan Liga, kelab-kelab dan pemain kami. Kami gembira dapat bekerjasama untuk melancarkan kempen baru ini yang mendorong peminat untuk menikmati pengalaman menonton Liga Perdana terbaik melalui saluran siaran Astro secara rasmi.”

HUBUNGAN PEMINAT TERBAIK

Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee, “Astro sentiasa mencari kaedah baru buat peminat untuk menyokong minat mereka untuk bersukan dan terlibat secara langsung bersama tokohtokoh sukan kegemaran mereka. Dengan menggunakan platform digital, kami menawarkan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang; seperti ‘Meet & Greet’ secara maya bersama pemain bola sepak dan penganalisis Liga Perdana. Selain itu, nantikan pesta menonton secara langsung bersama pengacara Astro SuperSport di mana terdapat peluang untuk memenangi barangan eksklusif.”

INFORMASI TERKINI SUKAN

Lee berkata, “Ikuti perkembangan Liga Perdana dan acara sukan dengan 500 jam program sokongan seperti Fanzone, The Kelly & Wrighty Show, Premier League Daily, program praperlawanan, penganalisisan selepas perlawanan dan sorotan perlawanan. Juga, dapatkan berita dan temubual terkini di Stadium Astro.”

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen