Pep Guardiola mendedahkan rasa tidak bersetuju mengenai idea kewujudan Liga Super Eropah sambil berkata ia akan membunuh siangan domestik.

Laporan mengatakan Bayern Munich bersama pengerusi kelab, Karl-Heinz Rummenigge, mungkin cuba untuk mengetuai satu lagi kejohanan buat kelab-kelab besar Eropah sejak 2018 dan Guardiola merupakan sebahagian daripada individu yang mempersoalkannya.

Bayern dan Rummenigge menafikan dengan keras dakwaan itu tetapi spekulasi mengatakan kelab yang mendominasi liga domestik mungkin akan menyertai saingan selama setahun itu yang menawarkan kualiti, persaingan serta ganjaran lumayan yang mengatasi Liga Juara-Juara Eropah.

Guardiola ditanya mengenai pendapatnya tentang liga tersebut dalam sesi temubual dengan akhbar harian Catalan, Ara, dan dia berkata: "Saya tidak setuju dengan idea itu. Seseorang perlu jelaskan kebaikannya kepada saya.

"Jika ia berlaku, kami akan membunuh beberapa liga. Jika Barcelona dan Real Madrid menyertainya dan tidak berdepan Espanyol, siapa yang akan saksikan LaLiga? Liga Sepanyol akan mati.

"Di England, mereka sangat bijak sehingga stadium buat pasukan divisyen empat masih penuh. England tidak akan membiarkan corak bola sepak ini mati."

Kegagalan Guardiola meraih trofi Liga Juara-Juara menjadi sasarannya selepas ini selepas melalui tempoh tiga tahun yang berjaya bersama The Citizens.

City disingkirkan daripada pusingan 16 sekali serta dua aksi suku akhir di bawah kendalian Guardiola tetapi dia menjelaskan penghargaan kepada format Liga Juara-Juara sambil mendakwa dia tidak melihat sebarang alternatif bagi aksi bola sepak Eropah.

"Sebahagian daripada kehebatan Liga Juara-Juara adalah ia tidak dijalankan setiap Ahad," katanya.

"Jika perlawanan berlangsung setiap minggu, ia akan hilang seri.

"Aksi Barca dan Espanyol sangat diperlukan. Lebih banyak pasukan Catalan dalam saingan LaLiga, lebih baik.

"Jika kami membunuh liga domestik, tiada siapa berminat untuk menonton pasukan yang tidak berpeluang ke saingan Eropah."