Bayer Leverkusen tidak akan melayani sebarang minat daripada pihak luar selepas Leon Bailey menjadi sasaran Chelsea.

Pemain sayap Jamaica itu berpindah ke Bundesliga dari Genk pada Januari musim lalu dengan kontrak sehingga 2022 dan berjaya menarik minat The Blues dan Manchester United.

Bailey, 20, dalam prestasi memukau setelah mencetak enam gol dalam 14 aksi Bundesliga selain mencipta empat bantuan gol, musim ini.

Antonio Conte dilaporkan berminat mendapatkan Bailey dalam skuadnya yang semakin sibuk untuk menghadapi Liga Juara-Juara (UCL) serta berdaya saing dalam mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Begitupun, Pengarah Leverkusen, Jonas Boldt, memberitahu Kicker, Bailey tidak akan ke mana-mana.

"Kini masanya sudah tiba, perbincangan yang tidak masuk akal akan timbul.

"Sudah tentu kami tidak terlintas untuk menjualnya. Dia mempunyai kontrak sehingga 2022 -- dan kami berada dalam kawalan," ujarnya.