Leno sedia kecewakan Manchester City

Oleh Fadzrie Hazis 15 Jun 2020 118
Leno sedia kecewakan Manchester City
Kedudukan Manchester City yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) serta hasrat mereka untuk terus menyaingi Liverpool tidak melemahkan semangat Arsenal menjelang pertemuan kedua-dua pasukan 18 Jun ini.
 
Jika City menang, mereka akan terus merapatkan jurang dengan pendahulu liga Liverpool, namun jika tewas dan The Reds menang berdepan Everton pada 22 Jun ini, kejuaraan akan sah milik skuad Jurgen Klopp.
 
Bagi penjaga gol Arsenal, Bernd Leno pasukannya sudah bersedia menangani City kali ini walaupun di atas kertas lawan tampak lebih ampuh.
 
Arsenal tewas dalam lima pertemuan terakhir dengan City, jadi sudah pasti mereka akan cuba untuk menamatkan rentetan kekalahan kali ini.
 
“Kami sudah cukup bersedia untuk kembali beraksi selepas liga tertangguh kerana Covid-19 sebelum ini.
 
“City berada di momentum terbaik, kami akan beraksi di laman mereka tetapi situasi kini berbeza apabila kami bermain tanpa penonton.
 
“Tapi kami sudah melakukan persiapan terbaik dengan mengadakan dua aksi persahabatan dan kami tidak akan hanya bertahan berdepan City.
 
“Kami akan bermain cara kami, mentaliti pemain juga baik menjelang perlawanan ini dan saya yakin kami mampu mengambil mata daripada City,” kata Leno dalam siaran terkini Nice To Mich You yang akan disiarkan di saluran Astro Supersport CH813.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@mich8lee's Saturday morning ..... đŸ„° #comingsoon #berndleno

A post shared by Stadium Astro (@stadium.astro) on



Dalam pada itu, Leno turut berkongsi pengalaman Arsenal dalam mengharungi pendemik Covid-19 apabila pengurus mereka, Mikel Arteta disahkan positif hujung Mac lalu.
 
Ketika itu, Arsenal sedang dalam persiapan untuk berdepan City dalam aksi EPL sebelum saingan liga ditangguhkan serta merta.
 
“Ia cukup sukar pada waktu itu kerana kami berasa risau mengenai kesihatan Arteta dan pada masa sama juga risau, jika ada pemain lain yang dijangkiti.
 
“Ramai pemain dan tenaga kejurulatihan kelab berhubung rapat dengan Arteta jadi sudah pasti terdapat risiko jangkitan.
 
“Tetapi pihak pengurusan kelab mengambil pendekatan yang baik dalam memastikan keselamatan pemain serta staff di Arsenal ketika itu,” kata Leno.
 
Arteta disahkan pulih daripada Covid-19 April lalu dan kini sudah pun kembali mengendalikan pasukannya.
 

Tentang Penulis

Fadzrie Hazis

Komen