Lengkapkan saingan EPL penting buat dunia bola sepak -- Jota

Oleh Ammar Hakim 27 April 2020 119
Lengkapkan saingan EPL penting buat dunia bola sepak -- Jota
Diogo Jota berkata ia merupakan penting buat dunia bola sepak menyaksikan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) disempurnakan.

Penyerang The Wolves itu optimis kempen liga dapat mengelak daripada dibatalkan, namun menerima aksi tanpa penonton sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Hampir kesemua liga utama masih berbaki sembilan perlawanan ketika ia ditangguh ekoran penularan koronavirus.

Wolves kini di tangga keenam, manakala masih lagi kekal beraksi dalam Liga Europa (UEL) apabila melangkah ke pusingan 16.

Pemain kebangsaan Portugal itu merupakan tunjang kepada skuad kendalian Nuno Espirito Santo dan berharap untuk kembali beraksi.

"Saya percaya EPL dapat ditamatkan," katanya kepada BBC.

"Kami tidak perlu melihat kepada negara lain. Mereka memiliki masalah masing-masing dan perlu menghadapinya.

“Walaupun sesetengah liga boleh berakhir ketika ini, terdapat yang lain bakal memulakan semula. Saya mengetahui hampir seluruh dunia mahukan EPL diteruskan dan penting buat kami menamatkan musim ini.”

Saingan Eredivisie telah ditamatkan jumaat lepas, dengan tanpa juara, penyingkiran atau pendatang baru. Keputusan yang mencetuskan rasa tidak puas hati sebilangan besar kelab.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen