Leicester mampu kekal cemerlang bersama Rodgers -- Pereira

Oleh Ammar Hakim 5 April 2020 78
Leicester mampu kekal cemerlang bersama Rodgers -- Pereira
Ricardo Pereira yakin Leicester City akan dapat menikmati kejayaan berterusan ketika Brendan Rodgers kekal sebagai pengendali The Foxes.

Leicester menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika saingan berbaki sembilan perlawanan dan dijangka layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) sejurus kancah bola sepak bersambung daripada penggantungan pandemik koronavirus.

Impak Rodgers sejak ketibaan dari Celtic Februari tahun lalu meyakinkan Pereira Leicester akan terus mencipta kejayaan pada musim-musim akan datang.

"Sejak ketibaannya, kami telah berubah menjadi lebih baik," katanya kepada Sky Sports.

"Sebagai sepasukan dan individu, saya berasakan beliau telah memainkan peranan yang besar di sebalik kejayaan ini dan saya yakin kami mampu kekal di tahap ini."

Pereira yang beroperasi sebagai bek-kanan menikmati musim yang cemerlang sebelum mengalami kecederaan ligamen lutut ketika menang 4-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan terakhir Leicester sebelum saingan EPL ditangguh.

Pemain berusia 26 tahun itu memberikan laporan positif mengenai peringkat awal pemulihannya.

"Ia berjalan dengan lancar. Permulaan yang sangat sukar, saya mengalami kesakitan daripada pembedahan dan sukar untuk bergerak," tambah Pereira.

"Tetapi saya setiap hari semakin pulih dan beransur pulih setiap hari."

EPL, "Leicester City", "Brendan Rodgers",

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen