Leeds enggan lepaskan saya ke Milan -- Viduka

Oleh Ammar Hakim 6 April 2020 1068
Leeds enggan lepaskan saya ke Milan -- Viduka
Mark Viduka mendedahkan Leeds United menghalangnya daripada menyertai Milan pada 2001, sementara legenda Australia itu turut pernah berbincang dengan Manchester United.

Dilihat sebagai salah seorang pemain terbaik Australia, Viduka merupakan penyerang yang berkualiti ketika mewakili Dinamo Zagreb, Celtic, Leeds, Middlesbrough dan Newcastle United.

Viduka beraksi bersama Leeds selama empat tahun dan membantu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2001, sekaligus menarik minat gergasi Eropah.

Kelab Serie A, Milan, antara yang mahukan khidmat Viduka tetapi Leeds menghalang bekas kapten The Socceroos itu daripada berhijrah ke San Siro.

"Saya memiliki peluang beraksi bersama AC Milan pada penghujung 2001, selepas kami melangkah ke separuh akhir UCL," katanya.

"[Leeds] telah berbincang dengna Milan. Saya merupakan rakan kepada bintang Milan, Zvonimir Boban, pada ketika itu, dan kami telah berbincang melaluinya. Akhirnya, Leeds enggan menjual saya.

"Saya merupakan peminat AC Milan. Saya membesar menyaksikan [Marco] van Basten, [Frank] Rijkaard dan [Ruud] Gullit ... Mereka merupakan pasukan pilihan saya."

United -- yang dikendalikan oleh Alex Ferguson pada ketika itu -- turut berminat dan cuba memancing Viduka ke Old Trafford, bagaimanapun dia memilih untuk kekal di Leeds.

"Saya agak gementar ketika bertemu dengan pihak The Red Devils, namun saya telah mengambil keputusan ketika itu untuk kekal di Leeds."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen