Bekas bintang Arsenal, Lauren, mencabar pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, untuk mengatasi Didier Drogba sebagai pemain Afrika terbaik beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain kebangsaan Mesir itu, yang bergelut ketika pertama kali tiba di England bersama Chelsea, bagaimanapun berjaya menemui rentak terbaik selepas menyertai skuad Jurgen Klopp dengan meledak sembilan gol dalam saingan EPL, musim ini.

Bekas pemain kebangsaan Cameroon, Lauren, menyifatkan pemain sayap itu akan bergelut untuk menyamai pencapaian Drogba di England -- pemain kebangsaan Ivory Coast itu meledak 104 gol untuk Chelsea.

"Salah mampu menjadi yang terbaik -- dia masih muda dan beraksi bersama Liverpool," kata Lauren. "Dia mampu melakukannya, mengapa tidak?

"Kami memiliki beberapa pemain yang berkualiti seperti Tony Yeboah dan Andre Ayew. Drogba banyak memberikan impak.

"Sejujurnya, saya memiliki keraguan mengenai Salah untuk mengatasi pencapaian Drogba. Dia merupakan pemain Afrika terbaik dalam EPL," ujarnya.

Salah dan Liverpool akan berdepan Chelsea di Anfield, hari ini.