Laporte sasar kembali beraksi dua bulan lagi

Oleh Penulis Jemputan 3 Disember 2019 51
Laporte sasar kembali beraksi dua bulan lagi
Aymeric Laporte menyasarkan untuk kembali dalam kesebelasan utama Manchester City dalam tempoh dua bulan lagi.

Pertahanan tengah Perancis itu mengalami kecederaan serius ketika menewaskan Brighton and Hove Albion 4-0 pada penghujung Ogos lalu dan memerlukan pembedahan.

Laporte, yang berpindah dari Athletic Bilbao pada Januari 2018, tidak pasti bila dia bakal kembali, namun memberikan maklumat yang positif buat seluruh penyokong City.

"(Pemulihan saya) berjalan dengan lancar," katanya kepada The National. 

"Saya masih memerlukan masa tetapi berharap untuk kembali beraksi bersama rakan sepasukan. Saya yakin akan kembali bermain dalam tempoh dua bulan lagi."

Keputusan City tidak menandatangani pengganti Vincent Kompany diberikan tamparan hebat selepas kecederaan menimpa Laporte.

Dalam ketiadaannya, skuad kendalian Pep Guardiola itu kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu ,Liverpool, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi Laporte menegaskan City mampu sekali lagi mengejar Liverpool untuk merangkul kejuaraan liga seperti musim lalu.

"Ya, sememangnya City mampu menjuarai EPL," tambah Laporte.

"City akan cuba kejar Liverpool dan memenangi liga sekali lagi, jadi kami berharap untuk melakukannya.

"Kami perlu bekerja keras dan mengelak daripada tewas selepas ini."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen