Frank Lampard yakin Timo Werner hanya menunggu masa untuk menemui sentuhan pemusnahnya ketika tampil menawarkan sokongan kepada penyerang Chelsea itu.

Kali terakhir pemain Jerman tersebut menyumbangkan gol buat The Blues adalah pada 7 November lalu dan pemain, yang dipancing daripada RB Leipzig pada Jun lalu itu, -- sekadar empat kali menggegar gawang lawan dalam 16 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, pemain berusia 24 tahun itu menerima dorongan daripada pengurusnya tersebut ketika menyambut Manchester City tengah malam Isnin ini.

"Daripada segi jaringan, saya selalu mendapati -- dan saya merujuk tidak khusus terhadap Timo sahaja -- bahawa setiap pemain pasti melalui saat-saat sukar di depan pintu gol," katanya kepada wartawan.

"Apa yang menariknya ialah dia terus mendapat peluang, itu pasti sesuatu yang positif.

"Saya melihat usahanya di tempat latihan dan ia adalah satu-satunya kaedah untuk mengubah situasi dengan menerapkannya menerusi latihan rutin. itulah yang dilakukan Timo ketika ini.

"Apabila dia berusaha seperti itu, sifat semula jadinya hanya menunggu masa untuk menyerlah di depan gawang, membebaskannya daripada kepungan pertahanan seterusnya mewujudkan satu lagi peluang untuknya.

"Sekiranya keyakinannya merosot disebabkan beberapa ketumpulan, adalah menjadi tugas saya untuk membantu melonjakkan keyakinannya dan bersikap positif selain mendorongnya ke arah yang tepat, kemudian jaringan daripada pasti akan menyusul."

Werner hanya menyempurnakan tiga peluang terhidang dalam 11 situasi EPL musim ini.

Dalam senarai pemain yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 peluang terhidang, kadar jaringannya (27.3) berada di kedudukan kedua terendah selepas penyerang Burnley, Chris Wood (14.3).


Bekas pemain tengah England itu sendiri mengalami kesulitan apabila hanya menang sekali dalam lima perlawanan terakhir mereka, sekali gus menduduki tangga kelima dengan tujuh mata di belakang Liverpool dan Manchester United.

Bagaimanapun, Lampard mengatakan dia berdepan tekanan disebabkan prestasi hambar anak buahnya.

"Saya menikmati tekanan ini. Sekiranya tidak maka saya tidak akan kembali terbabit dalam kancah ini. Saya tidak akan menyahut kesempatan pertama dan itu adalah sesuatu yang tidak akan saya lakukan," katanya.

"Ia bukan bermakna saya akan berasa gembira sekiranya mencatat 16 rentetan tanpa kalah dan itu sesuatu yang normal. Ia membolehkan saya untuk terus fokus. Anda belajar lebih banyak dalam kekalahan dan pada saat-saat sukar.

"Sudah tiba masanya untuk saya terus merendah diri dan bekerja keras. Tidak perlu terlalu memikirkan carta liga. Kami tahu di mana kedudukan dan matlamat sebenar kami."