Chelsea bakal tanpa khidmat Edouard Mendy ketika bertemu Southampton tetapi ketua jurulatih, Frank Lampard, teruja apabila akhirnya Hakim Ziyech dalam diturunkan.

Penjaga gol, Mendy, mengalami kecederaan paha ketika aksi perlawanan antarabangsa dengan Senegal dan tidak dapat diturunkan untuk perlawanan di Stamford Bridge malam ini.

Lampard kini perlu membuat keputusan sama ada untuk menurunkan Kepa Arrizabalaga, yang beraksi ketika Sepanyol seri tanpa jaringan dengan Portugal, atau pemain veteran, Willy Caballero.

Thiago Silva juga akan diketepikan tetapi ada berita yang lebih baik dalam bahagian serangan, dengan Christian Pulisic dijangka turun untuk perlawanan kedua musim ini dan Ziyech akhirnya bersedia untuk berada dalam skuad selepas tiga bulan berhijrah dari Ajax.

"Mendy tidak akan cergas untuk perlawanan bertemu Southampton," kata Lampard. "Kami harap kecederaannya tidak terlalu lama.

"Thiago Silva, selepas perjalanannya, dia tidak sempat dan tidak bersedia untuk beraksi ekoran perjalanan dan permainan yang disertainya sebelum ini, jadi dia tidak akan berada dalam skuad.


"Christian Pulisic dalam skuad dan cergas untuk beraksi. Hakim Ziyech juga sama, saya berasakan akan menurunkannya daripada bangku simpanan, kami berharap.

"Dia telah berusaha keras, mempamerkan kualiti yang terbaik dan sikap profesional untuk kembali ke tahap terbaik dalam sesi latihan."