CHELSEA 2 ARSENAL 2

Frank Lampard kecewa dengan kesilapan mudah yang munghukum Chelsea ketika mensia-siakan dua gol pendahuluan untuk terikat 2-2 dengan Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi tadi.


Jorginho membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-28 selepas selepas David Luiz dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Tammy Abraham, yang merebut hantaran ke belakang Shkodran Mustafi di dalam kawasan itu.

Gabriel Martinelli kemudian melakukan larian kencang dari kawasannya untuk menjaringkan gol penyamaan daripada gerakan serangan balas bertaraf dunia selepas sejam perlawanan.

Tetapi Cesar Azpilicueta seakan-akan sudah menjadi wira Chelsea ketika menolak masuk bola hantaran lintang Callum Hudson-Odoi pada enam minit terakhir.

Bagaimanapun, Hector Bellerin, yang memulakan permainan buat kali pertama sepanjang enam minggu lalu, mengatasi Abraham untuk melakukan penyudah ke arah penjuru kiri bawah gawang lawan pada minit ke-87.

"Saya kecewa dengan situasi perlawanan ini. Kami sepatutnya menamatkannya dengan kelebihan satu gol, lebih-lebih lagi selepas mereka bermain dengan 10 pemain," katanya kepada BT Sport.

"Kami mencipta banyak peluang dalam babak kedua, ia masih kisah sama apabila tidak dapat menyudahkan peluang dan melakukan kesilapan untuk memberikan mereka dua gol selepas rehat.

"Ia mungkin dapat menunjukkan tahap sebenar kami. Perkara seperti itu tidak menipu.

"Kami berusaha keras tetapi kesilapan mudah yang dilakukan ketika anda sepatutnya menguasai permainan boleh berakhir dengan kehilangan mata.

"Ia bukan disebabkan N'Golo (Kante) tergelincir, perkara seperti itu boleh berlaku.

"Ia apabila mereka dapat melepasi kawasan penalti kami.

"Itulah masanya kami sedang tidur, setiap pemain perlu sedar tugas mereka.

"Kemudian gol terakhir, ia hantaran ke belakang yang amat mudah.

"Itu jaringan yang anda kerap saksikan, bek kanan menyelinap perlahan-lahan dan meleretkan bola ke penjuru bertentangan.

"Perkara seperti itu tidak boleh berlaku," katanya.



Editor: Muzaffar Musa