Lampard gembira dengan prestasi Werner

Oleh Ammar Hakim 26 Oktober 2020 205
Lampard gembira dengan prestasi Werner
Frank Lampard menegaskan dia tidak memiliki sebarang kebimbangan dalam persembahan Timo Werner dan beberapa lagi pemain penyerang berikutan Chelsea seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut.

The Blues mengharungi aksi hambar ketika berdepan Sevilla dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kemudian bertemu Manchester United dalam aksi domestik.

Chelsea sekadar melakukan enam percubaan dalam setiap perlawanan, menemui sasaran lima dalam kedua-dua perlawanan dengan Werner digantikan dalam separuh masa kedua bagi setiap perlawanan.

Werner menyentuh bola enam kali dalam kotak penalti pasukan lawan, tetapi Lampard tetapi gembira dengan aksi pemain yang tiba dari RB Leipzig itu.

"Saya sangat gembira untuk Timo," katanya. "Jika anda kembali kepada perlawanan bertemu Southampton, dia menjaringkan dua gol.
 
"Saya tidak bimbang mengenai trio serangan pasukan. Ia memerlukan masa untuk hubungan antara mereka akan berkembang.

"Masa amat diperlukan jadi sayan tidak bimbang mengenainya."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen