Timo Werner mendedahkan bagaimana perbincangan dengan Frank Lampard merupakan kunci kepada keputusannya menyertai Chelsea dari RB Leipzig.

Penyerang Jerman itu bersetuju untuk berhijrah ke Stamford Bridge bulan lalu selepas The Blues membayar sebanyak GBP47.5 juta untuk mengaktifkan klausa kontrak pemain tersebut.

Werner, yang mula berlatih di London Barat itu tidak akan beraksi bersama pasukan sehingga musim 2020-21 bermula, telah dikaitkan dengan beberapa gergasi Eropah sebelum Chelsea melengkapkan perpindahan pemain tersebut.

Pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan perbualan dengan ketua jurulatih, Lampard, membantu dirinya untuk yakin akan membuat penghijrahan yang tepat.

"Lampard merupakan alasan utama," kata Werner. "Kami banyak bercakap mengenai perkara seperti sistem, bagaimana peranan saya dalam pasukan dan bersesuaian dalam sistem permainannya.

"Dia seorang yang mahu membantu saya bukan sahaja sebagai seorang pemain tetapi sebagai seorang individu. Dia mengetahui saya sedikit sebanyak dan saya sangat gembira untuk menyertai Chelsea."
"Apabila anda memiliki keputusan untuk berhijrah, ia merupakan cita-cita saya menyertai pasukan berstatus gergasi dan Chelsea merupakan salah satu pasukan yang ternama di Eropah.

"Saya mengenali pemain seperti I Didier Drogba, pengurus saya, Frank Lampard, Petr Cech yang bertindak sebagai penasihat teknikal. Saya mahu menjadi sebahagian daripada era baru kepada pasukan ini dan akan cuba memberikan yang terbaik."