Lampard enggan salahkan Silva

Oleh Ammar Hakim 27 September 2020 2812
Lampard enggan salahkan Silva
Frank Lampard tidak berminat untuk menuding jari selepas kesilapan daripada Thiago Silva dalam penampilan sulung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menyatakan pertahanan tengah Brazil itu akan menjadi pemain penting buat Chelsea.

Silva bertanggungjawab di sebalik jaringan kedua dan ketiga West Brom di The Hawthorns, ketika The Blues terpaksa berusaha untuk bangkit dan berjaya menghasilkan jaringan menerusi Mason Mount, Callum Hudson-Odoi dan Tammy Abraham.

Ia merupakan aksi pertama pertahanan berusia 36 tahun itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kesilapan yang dilakukan mengundang kesukaran buat skuad kendalian Lampard.

Pengendali Chelsea itu berkata Silva seorang yang cukup berpengalaman untuk menelan kesilapannya.

"Thiago Silva akan beraksi cemerlang untuk pasukan, dia telah mengharungi karier yang menakjubkan," kata Lampard. 

"Saya tidak perlu memantaunya, saya boleh bercakap mengenai kesilapan itu -- ia adalah jelas dan perlu jujur dengannya, tetapi saya tidak akan menyalahkan Silva. Kami sebagai satu pasukan perlu menangani kesilapan ini seperti apa yang dipamerkan dalam separuh masa kedua.

"Aksi pertamanya sudah berakhir, Silva akan bermain dengan lebih baik ketika di tahap kecergasan terbaiknya."




Jaringan penyamaan Chelsea memberikan bayangan mereka sangat bertuah, dengan bola kelihatan terkena tangan Kai Havertz ketika mereka melakukan serangan.

Pengendali West Brom, Slaven Bilic, turut berasakan terdapat kesilapan yang berlaku ketika Hudson-Odoi menyamakan kedudukan, tidak meragui jaringan tersebut harus dibatalkan.

"Sukar untuk menerima jaringan ketiga itu," katanya. "Bagi saya, ia sungguh jelas dan saya tidak bercakap mengenainya.

"Ia bukanlah mungkin, tetapi secara terang-terangan adalah bola terkena tangan. Bagaimana mereka menilai bola itu tidak terkena tangan adalah sesuatu di luar jangkauan saya."

‚Äč  

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen