Gol penentu Tammy Abraham menentang Crystal Palace akan melonjakkan keyakinannya, kata pengendali Chelsea, Frank Lampard.

Chelsea meraih kemenangan 3-2 Selhurst Park awal pagi tadi, pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan gol yang terbukti penting bagi pelawat, ledakan pertamanya sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung semula.

Menjelang aksi berdepan Palace, Lampard mendesak Abraham untuk fokus kepada penampilannya yang goyah daripada memeterai kontrak baru, menjelang kedatangan penyerang RB Leipzig, Timo Werner.

Penyerang itu tidak menjaringkan gol sejak 11 Januari dan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama apabila saingan EPL bersambung ekoran penangguhan, tetapi Lampard tertarik dengan jaringannya pada minit ke-71 sejurus selepas menggantikan Olivier Giroud.

"Ini akan sangat penting bagi Tammy kerana dia sangat mahukan jaringan gol," kata Lampard kepada media.

"Dia tidak mencetak gol untuk sementara waktu. Ini membantu meningkatkan keyakinannya dan itu bagus untuk saya. Ini memberi saya pilihan lain.

"Dia datang pada penghujung permainan, dia menjaringkan gol kemenangan dan saya sangat gembira."
Giroud dan Christian Pulisic meledak dua gol pembukaan sebelum Wilfried Zaha mengurangkan defisit jaringan. Jaringan Abraham terbukti memastikan kemenangan buat Chelsea sebelum Christian Benteke turut meletakkan namanya selaku penjaring pada penghujung permainan.