Adam Lallana telah menandatangani kontrak lanjutan pendek yang menyaksikan dia bersama Liverpool sehingga tamat musim 2019-20.

Kontraknya sebelum ini bakal tamat bulan ini tetapi dia bersetuju untuk kekal di Anfield sehingga akhir Julai nanti.

Situasi itu bermakna pemain berusia 32 tahun itu akan memainkan peranan dalam usaha The Reds untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang menjadi trofi liga pertama dalam tempoh 30 tahun tatkala saingan bersambung, minggu depan.

Lallana -- yang hadir daripada Southampton pada 2014 -- akan meninggalkan Liverpool secara percuma selepas kontrak lanjutan pendek itu tamat.

"Saya teruja untuk memiliki menamatkan musim ini, ia memberi makna besar buat saya dan keluarga," katanya.

"Sudah tentu ia menjadi sesuatu yang positif untuk memberi komitmen terhadap lanjutan pendek ini, di mana saya berupaya mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang tepat.

"Kami mengharungi perbincangan yang telus mengenai peranan yang akan saya mainkan dalam baki saingan. Saya mahu memberikan sumbangan dengan cara yang positif, bukan sahaja untuk baki musim ini tetapi apa yang kelab pertimbangkan pada musim depan.

"Saya benar-benar rasa tenang. Saya tahu peranan yang akan dimainkan bakal membantu dalam satu tempoh, sesuatu yang tidak pernah kami lalui."

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menambah: "Saya tahu perasaan Lallana ketika ini apabila diminati oleh kelab yang mahukan khidmatnya musim depan, jadi ini satu komitmen untuknya dan kami menghargainya.

"Ini adalah cara yang sepatutnya berlaku kerana saya juga teruja untuk melihat dia menamatkan tugas musim ini dan meraih ucapan selamat tinggal yang berhak diterima.

"Saya tidak mampu ucapkan dalam Bahasa Inggeris untuk menerangkan kepentingan Lallana sepanjang saya berada di sini.

"Namun sejujurnya, ini bukan masanya untuk bercakap. Disebabkan perkhabaran ini, dia perlu menamatkan kempen bersama kami, saya boleh katakan inilah yang dimahukan.

"Apa boleh saya katakan, situasi ini menjelaskan perwatakan yang dia miliki. Seorang pemain profesional bertaraf dunia dan individu yang bagus."