Kritikan buat Mourinho bersifat peribadi 

Oleh Penulis Jemputan 9 Oktober 2018 188
Kritikan buat Mourinho bersifat peribadi 
Phil Neville melihat kritikan yang diterima pengendali Manchester United, Jose Mourinho, kini lebih bersifat peribadi tetapi dia tetap percaya pengurus yang sedang berdepan tekanan hebat itu mampu mengubah situasi di Old Trafford.

Mourinho dilaporkan hampir dipecat selepas keputusan perlawanan berdepan Newcastle United, hujung minggu lalu, namun spekulasi itu dinafikan oleh The Red Devils setelah melihat kebangkitan menakjubkan di Manchester.

Pengurus berusia 55 tahun itu dilihat mendominasi semua tajuk media ekoran hubungan yang dingin di antara dia dan Paul Pogba serta pemain-pemain lain tatkala mereka kini ketinggalan tujuh mata daripada zon teratas liga.

Ketua jurulatih skuad wanita England, Neville, yang juga merupakan bekas pemain United, tampil mempertahankan Mourinho dalam usaha untuk memulihkan situasi dalam kelab.

"Saya rasa Mourinho adalah seseorang yang saya minati dan kagumi kerana ramai pengurus yang melalui detik sukar," kata Neville.

"Saya telah dipecat dua kali dan amat memedihkan apabila orang ramai menuding jari ke arah anda, tidak kira sewaktu tewas atau teruk. Ia mampu melibatkan perihal peribadi dan Mourinho juga mungkin mengalaminya.

"Saya bersetuju dengan Mourinho. Saya rasa dia lebih terarah menjadi mangsa kerana semua orang melihat kepadanya. Saya juga fikir mereka (United) telah memiliki seorang yang tepat dalam menangani situasi itu."

Bercakap mengenai perlunya bersatu di Old Trafford, Neville juga menambah: "Perasaan saya apabila berfikir tentang kehebatan United, saya hanya memandang semua orang bersatu di dalam pasukan.

"Pengarah turun ke bilik persalinan selepas kami menjulang trofi Eropah dan Piala FA. Kami berkongsi kejayaan. Kami juga sering meraikannya bersama penyokong melalui bas jelajah."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen