Koleksi gol Salah atasi lapan pasukan 

Oleh Penulis Jemputan 31 Disember 2017 2997
Koleksi gol Salah atasi lapan pasukan 
Dua gol yang dijaringkan Mohamed Salah dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Leicester City membolehkannya menghimpun 23 gol dalam semua pertandingan musim ini -- mengatasi jaringan yang dimiliki oleh lapan pasukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain termahal Liverpool, Virgil van Dijk, menyaksikan dari tempat duduk ketika Jamie Vardy memanfaatkan kelebihan awal untuk Leicester memimpin perlawanan pada minit ketiga di Anfield tetapi Salah terbukti lebih tajam dengan menyudahkan sepasang gol selepas rehat bagi melebarkan rekod tanpa kalah Liverpool kepada 12 perlawanan.

Salah kini mengumpul 17 gol dalam liga utama England dan enam dalam Liga Juara-Juara Eropah, koleksi yang lebih banyak daripada dua pasukan tercorot, West Brom (18) dan Swansea City (19), mengambil kira saingan dalam Piala EFL.

Crystal Palace (22), Newcastle United (21), Southampton (20), Brighton & Hove Albion (16), Huddersfield Town (22) dan pasukan atasan, Burnley (22), juga tidak mampu menyaingi jumlah jaringan Salah.

Bekas bintang Fiorentina dan AS Roma itu hanya berada satu gol di belakang Harry Kane dalam saingan Kasut Emas Liga Perdana. Penyerang Tottenham itu, yang menghimpun 24 gol dalam semua pertandingan setakat ini, juga meledak enam gol di pentas Eropah.

Dua jaringan Salah juga membawa Liverpool mengumpul 77 gol dalam 30 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, satu statistik terbaik The Reds pada peringkat ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen