Koeman pilihan terbaik Belanda -- Forster

Oleh Penulis Jemputan 13 November 2017 398
Koeman pilihan terbaik Belanda -- Forster
Penjaga gol Southampton, Fraser Forster, menyifatkan Ronald Koeman akan menjadi pilihan terbaik untuk dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Belanda.

Koeman tidak lagi berkhidmat bersama mana-mana pasukan sejak dipecat oleh Everton bulan lalu apabila gagal mempamerkan persembahan yang cemerlang sejak permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan kekalahan 5-2 kepada Arsenal memaksa kelab itu untuk mendapatkan khidmat pengendali baru.

Beliau telah dikaitkan bakal beralih ke kancah bola sepak antarabangsa dan Belanda merupakan antara sasaran terbaik buat pengendali berusia 54 tahun itu.

Forster, yang beraksi untuk Koeman di Stadium St. Mary, percaya beliau mampu melakar kejayaan di pentas antarabangsa.

"Beliau akan menyesuaikan diri dengan mana-mana tugas yang diberikan. Jika bersama Belanda, ia adalah pilihan terbaik buat beliau.

"Koeman seorang pengurus yang berkualiti. Saya meragui beliau akan berehat panjang," katanya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen