Kluivert mungkin ke United Januari ini

Oleh Penulis Jemputan 25 Disember 2017 3975
Kluivert mungkin ke United Januari ini
Pemain sasaran Manchester United, Justin Kluivert, menjaringkan gol yang cantik buat Ajax ketika bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan ke atas 3-1 Willem II, semalam.

Pemain berusia 18 tahun itu melakukan gerakan dari sayap kiri sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Mattijs Branderhorst, ketika membantu pasukannya bangkit untuk mencipta kemenangan di Amsterdam Arena. Ia merupakan gol kelima Kluivert bagi musim ini, dengan prestasi semasanya ini meningkatkan lagi peluang untuk menyertai United, Januari ini.

Pengurus United, Jose Mourinho, telah menegaskan beliau berminat dengan pemain sayap itu, yang merupakan anak kepada bekas penyerang Barcelona dan Belanda, Patrick Kluivert, dan bersedia untuk menandatangani pemain itu seawal bulan depan.

Jaringan Kluivert hadir kurang daripada 24 jam selepas United bolos pada masa kecederaan untuk seri 2-2 dengan Leicester City.

Selepas perlawanan, Mourinho menyelar pemain-pemainnya di atas persembahan mereka, selepas Anthony Martial dan Marcus Rashford terlepas peluang satu lawan satu manakala percubaan Jesse Lingard terkena palang.

Kasper Dolberg dan David Neres turut menemui sasaran buat Ajax.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen