Jurgen Klopp menegaskan ia masih terlalu awal untuk membincangkan kontraknya dengan Liverpool ketika perjanjian sedia ada masih berbaki tiga tahun.

Pengendali berbangsa Jerman itu membawa gergasi Liga Perdana Inggeris berkenaan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu dan terdapat laporan mendakwa kontraknya -- yang akan tamat pada 2022 -- akan dipanjangkan.

Namun, Klopp, yang pasukannya akan berdepan Borussia Dortmund dalam perlawanan pra-musim esok, berkata dia masih tidak tahu apa-apa mengenai kontrak barunya itu.

"Saya tidak akan tinggalkan pasukan ini sebelum kontrak saya tamat. Ini adalah pasukan saya. Sebab itulah kontrak amat penting," katanya seperti yang dipetik The Telegraph.

"Kami mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan di bahagian itu.

"Tiada keperluan untuk melakukannya sekarang.

"Tiga tahun masih terlalu lama untuk diendahkan.

"Ia hanya suatu kontrak.

"Pemilik pasukan menggemari apa yang saya lakukan.

"Saya sukakan apa yang pemilik pasukan ini lakukan.

"Saya sayangi pasukan ini, mereka amat hebat.

"Melwood satu sensasi. Saya tidak sabar untuk ke Kirkby (padang latihan baru) dan melakukan perkara-perkara ini.

"Akan sentiasa ada satu langkah ke depan.

"Kami semua mahu mengekalkan sejarah dan tradisi dan semua perkara seperti itu, namun perlu ada satu langkah ke depan.

"Ia penting kerana ia perwatakan kami.

"Anda tidak boleh melakukan langkah itu dalam tiga hingga empat tahun dengan memastikan saya kekal sepanjang masa.

"Ia hanya untuk memastikan saya sentiasa ada hingga waktu yang sepatutnya," katanya.

Liverpool hanya tewas satu perlawanan sepanjang saingan liga musim lalu dengan mengumpulkan 97 mata, namun gagal menjulang kejuaraan pertama sejak 1990.

Klopp berkata dia hanya mengambil tahu tentang pasukannya, yang agak senyap dalam aktiviti perpindahan pemain, namun percaya juara liga, Manchester City, akan kekal menjadi pasukan pilihan.

"Saya hanya fokus kepada Liverpool. Hanya Liverpool.

"Ia amat baik jika kami dapat memberikan saingan kepada Man City sekali lagi kerana ia satu-satunya cara untuk kami memintas mereka

"Amat jelas bahawa mereka adalah pasukan pilihan. Tiada masalah tentang itu.

"Mereka memiliki situasi yang amat baik seperti yang diperlihatkan tahun lalu, terutama selepas meraih 100 mata dalam musim sebelumnya.

"Dengan keinginan yang ditunjukkan, dengan keazaman yang ditunjukkan, ia amat luar biasa," tambahnya.