Klopp: Liverpool tidak akan berhenti kejar gelaran

Oleh Ammar Hakim 23 Julai 2020 489
Klopp: Liverpool tidak akan berhenti kejar gelaran
Jurgen Klopp memberikan amaran kepada pesainga Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa Liverpool 'tidak akan berhenti' di sebalik menamatkan penantian untuk kembali bergelar juara.

The Reds menjulang trofi EPL selepas meraih kemenangan 5-3 ke atas Chelsea dalam aksi terakhir mereka di laman sendiri tanpa kehadiran penyokong di Anfield.

Bagaimanapun, sambutan kejayaan itu dihadiri oleh pemain-pemain, staf kejurulatihan serta ahli keluarga yang meraikan hari penuh bersejarah The Reds.

Liverpool sebelum ini tidak pernah memenangi gelaran dalam era EPL, kali terakhir mereka bergelar juara liga 30 tahun lalu ketika di bawah pimpinan Kenny Dalglish.

"Kami tidak akan berhenti. Kami memiliki cabaran dan mahu berusaha meningkatkan lagi prestasi," kata Klopp kepada Sky Sports.

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen