Jurgen Klopp menegaskan Virgil van Dijk tidak memerlukan pujian lagi selepas menyempurnakan musim ini bersama Liverpool sambil mengakui persembahan pertahanan itu melebihi jangkaannya.

Van Dijk beraksi dalam setiap minit Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika kempen mereka berakhir sebagai juara dan kelebihan 18 mata mengatasi juara bertahan, Manchester City.

Pemain antarabangsa Belanda itu juga telah memulakan setiap perlawanan musim 2018-19 ketika City menafikan kejayaan The Reds pada hari terakhir.

Van Dijk diakui sebagai salah satu bek tengah kental dan tekal dalam kancah tersebut sejak menyertai Liverpool daripada Southampton, namun Klopp begitu tertarik dengan pemikiran dan tingkah laku anak buahnya itu.

"Saya tidak pasti adakah dia memerlukan pujian selama sejam lagi," katanya kepada wartawan selepas Van Dijk menyumbat gol ke atas Newcastle United dalam kemenangan 3-1 itu.

"Dia bagus, cukup bagus. Dia seorang pertahanan tengah yang bagus.

"Dia istimewa, gabungan kemahirannya istimewa dan paling penting, corak pemikirannya adalah istimewa.

"Ia menjadikannya sebagai pertahanan pusat yang bagus dan juga seorang pemain yang baik, pemain yang sangat saya gemari. Saya juga sudi bekerjasama dengannya sekiranya dia agak sukar untuk ditangani, sebaliknya penyelenggaraannya sangat rendah.

"Dia sangat bagus untuk dimilikinya. Kami menyedarinya sebaik sahaja kami menandatanganinya, kami akan mendapatkan pemain yang sangat bagus tetapi pakej yang ditawarkannya cukup istimewa dan pada awalnya kami tidak tahu mengenainya. Itulah yang menjadikannya benar-benar menarik."



Berdasarkan rekod pemain tinggi lampai itu, pengurus tersebut menambahkan sambil tersenyum: "Dia mendapatkan rehat perlawanan dari semasa ke semasa (mengatur waktu rehatnya dengan baik), ia membuatkan saya jadi gila.

"Tetapi saya mengerti, saya mengerti. Ia merupakan sasaran utamanya, saya rasa, dia mampu mengharunginya lagi. Mudah-mudahan ia boleh dilakukan sepanjang kariernya. Ia benar-benar sesuatu yang istimewa.

"Kami pernah berusaha untuk merehatkannya tetapi sukar. Setakat ini, ia berjalan dengan baik dan kami harap ia kekal seperti ini tetapi ketika ini kami akan bercuti selama dua minggu, dia tidak memerlukan rehat yang lebih lama, saya yakin. "

Klopp ketika ditanya bagaimana dia menggambarkan musim ini lalu menganggapnya "amat luar biasa".

"Ia luar biasa, cukup luar biasa, (rekod pungutan mata tertinggi kelab) 99 mata," katanya.

"Ia bermula pada 1 Jun 2019. Bermula perlawanan terakhir musim lalu (kemenangan UCL ke atas Tottenham), tetapi bagi kami ia adalah perlawanan pertama yang cukup istimewa.

"Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan sekarang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pula menyusul, ia benar-benar luar biasa. Mengumpul 99 mata dalam tempoh 97 tahun benar-benar sesuatu yang luar biasa."

Dengan sepak mula kempen baru EPL pada 12 September depan, dia menambahkan: "Kami akan bercuti selama dua minggu, kemudian kami masih perlu menulis beberapa bab (kejayaan) lagi dalam buku pasukan ini."