Klopp harap Henderson segera pulih

Oleh Penulis Jemputan 30 Disember 2017 34
Klopp harap Henderson segera pulih
Jurgen Klopp percaya kapten Liverpool, Jordan Henderson, akan kembali pulih daripada kecederaan hamstring secepat mungkin.

Henderson terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan ketika seri 3-3 dengan Arsenal sebelum terlepas kemenangan 5-0 ke atas Swansea City.

Pemain tengah England itu tidak akan sempat untuk bertemu Leicester City, hari ini, atau Burnley pada 1 Januari, tetapi tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

"Ia bergantung kepada proses pemulihan pemain itu sendiri," kata Klopp.

"Kadar pemulihan untuk setiap adalah berbeza-beza.

"Henderson sudah mula berlari dalam sesi latihan dan ia merupakan permulaan yang baik.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang tarikh kerana ia akan memberikan tekanan kepadanya. Tetapi kami amat memerlukan Henderson kembali dalam kesebelasan utama," katanya.

Liverpool turut kehilangan seorang lagi pemain utama, Alberto Moreno, yang masih lagi berusaha untuk pulih daripada kecederaan buku lali. Dia dijangka cergas sepenuhnya untuk perlawanan berdepan Manchester City pada 14 Januari.

"Moreno tidak akan dapat beraksi dalam dua perlawanan selepas ini dan saya berasakan dia mungkin boleh diturunkan untuk bertemu Everton dalam saingan Piala FA sebelum menghadapi aksi yang lebih penting bertemu City," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen