Klopp enggan letak tempoh diperlukan Van Dijk

Oleh Ammar Hakim 20 Oktober 2020 104
Klopp enggan letak tempoh diperlukan Van Dijk
Jurgen Klopp menolak cadangan untuk meletakkan skala waktu Virgil van Dijk untuk pulih daripada pembedahan lutut namun menjangkakan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk 'melakukan yang terbaik' ketika ketiadaannya. 

The Reds mengesahkan Ahad lalu bahawa pemain kebangsaan Belanda itu mengalami kecederaan ligamen lutut dan bakal terlepas hampir keseluruhan musim ini.

Van Dijk diterjah oleh penjaga gol, Jordan Pickford, ketika seri 2-2 dengan Everton dan terpaksa meninggalkan padang selepas 11 minit.

Pemain berusia 29 tahun itu berikrar untuk kembali dengan prestasi yang lebih baik selepas pembedahan tetapi mengesahkan dia perlu berehat panjang, namun pengurus Liverpool, Klopp, tidak akan ditarik tarikh yang tepat untuk Van Dijk kembali beraksi.

"Dia tidak akan beraksi untuk seketika, itu sudah pasti," katanya. "Kami telah meletakkan sebarang rangka masa tetapi sejujurnya setiap pemain memerlukan tempoh yang berbeza untuk pulih. Virgil adalah Virgil dan kami enggan meletakkan masa kepadanya.

"Saya sudah menjangkakan perkara ini selepas tamat perlawanan, terutama selepas menyaksikan insiden tersebut. Saya melihatnya buat pertama kali di bangku simpanan, dan melihatnya semula jelas sekali dia memerlukan masa yang lama untuk pulih.
 

"Kami berasakan ini merupakan saat paling mengecewakan buat dirinya kerana setiap daripada kami mengharungsi situasi yang sama.

"Saya pasti Virgil akan mengatasi halangan ini."

Klopp berkata dia memahami apa yang dilalui Van Dijk selepas mengalami kecederaan yang hampir sama ketika beraksi sebagai pemain dan menegaska kelab yang melakukan yang sebaik mungkin untuk memberikan sokongan kepadanya.

"Kami saling menghubungi, kami sentiasa bersamanya. Dia mengetahui kami akan sentiasa menunggunya seperti isteri yang menantikan suami keluar daripada penjara."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen