Klopp dan Liverpool dipersembahkan dengan aksi Haka

Oleh Staff Writer 18 November 2016 2
Klopp dan Liverpool dipersembahkan dengan aksi Haka
Ia adalah tempat di mana Jurgen Klopp mungkin menikmati sandwich dan secawan kopi dengan tenang sambil merancang untuk menewaskan lawan Liverpool yang seterusnya.

Tetapi semalam, dengan skuad bimbingan Klopp sedang membuat persiapan terakhir bagi perlawanan menentang Southampton malam esok, kantin di padang latihan Melwood telah dipersembahkan dengan aksi Haka.

Pasukan Liga Ragbi New Zealand akan menyertai perlawanan akhir Kejohanan Empat Negara berdepan musuh ketat mereka, Australia, di Anfield pada hujung minggu ini.

Klopp kelihatan teruja dengan persembahan tersebut selain kapten Reds, Jordan Henderson, turut berada di situ dan persembahan Haka itu mungkin mampu untuk menyuntik inspirasi kepada mereka.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen