Klopp akui diperintah turunkan Alexander-Arnold oleh ibunya

Oleh Penulis Jemputan 27 Disember 2017 1723
Klopp akui diperintah turunkan Alexander-Arnold oleh ibunya
LIVERPOOL 5 SWANSEA CITY 0

Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, mengakui tunduk kepada tekanan luar untuk memulakan Trent Alexander-Arnold dalam kemenangan 5-0 ke atas Swansea City dalam Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi tadi. 


Ibu Alexander-Arnold yang melawat kelab itu minggu lalu menjelaskan kepada Klopp bahawa saudara-mara pemain berusia 19 tahun itu akan hadir dari Amerika Syarikat untuk menyaksikan perlawanan 'Boxing Day' itu.

Klopp mengambil perbualan itu sebagai petunjuk untuk dia memulakan prospek tempatan dan pemilihan itu membuahkan hasil apabila Alexander-Arnold menjaringkan gol pertama Liga Perdana di hadapan Kop.

"Ibunya berada di pejabat pengarah sukan kami minggu lalu dan dia memberitahu saya bahawa seluruh keluarga dari Amerika akan datang," jelas Klopp kepada Sky Sports.

"Jadi, saya bertanya adakah ia adalah perintah untuk Alexander-Arnold berada dalam barisan pemain dan dia berkata ya.

"Kami gembira dengannya. Cerita yang hebat.

"Bukan separuh masa pertama yang cemerlang untuk Trent (juga kepada pemain lain) tetapi dia melangkah ke depan dan bermain dengan baik dalam separuh masa kedua.

"Dia membuat langkah besar dalam latihan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, jadi itu sangat penting untuk kami," katanya.

Alexander-Arnold adalah salah seorang penjaring gol pada separuh masa kedua ketika Roberto Firmino mencipta dua jaringan dan serangan Alex Oxlade-Chamberlain turut menambah gol pembukaan Philippe Coutinho.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen