Klopp akan bincang dengan Salah mengenai Sukan Olimpik

Oleh Staff Writer 23 November 2019 2266
Klopp akan bincang dengan Salah mengenai Sukan Olimpik
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mendedahkan dia akan berbincang dengan Mohamed Salah tentang kemungkinan untuk beraksi dalam Sukan Olimpik tahun depan.

Skuad B-22 Mesir mengesahkan tiket ke Jepun selepas menjuarai Piala Negara-Negara Afrika B-23 di laman sendiri semalam.

Layak ke suku akhir edisi London 2012, Mesir mungkin mahu menggunakan khidmat Salah sebagai salah seorang pemain dalam skuad dan Klopp berkata dia perlu berbincang dengan penggempurnya itu menjelang temasya yang akan berlangsung dari 22 Julai sehingga 8 Ogos 2020.

"Saya tahu mengenai perkara ini beberapa jam lalu. Saya tidak tahu apa akan berlaku," katanya.

"Terdapat beberapa masalah yang saya tahu di masa depan. Saya tahu Mesir layak ke Olimpik beberapa jam lalu.

"Saya akan bercakap dengan Salah. Saya tidak tahu sama ada hari ini atau bila. Siapa kata mereka mahukannya? Adakah pengurus mereka telah bersuara?"

Salah telah menjaringkan enam gol dan mencipta tiga bantuan jaringan dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun bergelut dengan kecederaan buku lali sejak menewaskan Leicester City awal bulan lalu.

Klopp tidak pasti jika pemain berusia 27 tahun itu boleh diturunkan tatkala pendahulu liga itu bakal bertandang ke Crystal Palace malam ini.

"Ia sejak pertemuan dengan Leicester. Ia semakin baik dan bagus tetapi selepas bertemu Leicester, satu lagi terjahan diterima dan ia terjadi semula," tambah pengurus itu.

"Ia tidak serius tetapi dalam masa singkat, kami perlu selesaikannya memandangkan jadual yang padat. Kami akan lihat.

"Dia melalui latihan penuh semalam tetapi kami perlu melihat reaksinya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen