Harry Kane tidak perlu meninggalkan Tottenham untuk memenangi trofi, menurut bekas penyerang kelab itu, Jurgen Klinsmann.

Pemain antarabangsa England itu belum memenangi kejuaraan utama bersama Tottenham sambil Mac lalu mengakui dia sedia mempertimbangkan untuk berkelana sekiranya tidak berasakan kelab berkenaan mencapai kemajuan.

Dimitar Berbatov dan Teddy Sheringham turut mendesak Kane untuk mempertimbangkan langkah ke Manchester United, seperti yang dilakukan dalam karier mereka sendiri jika dia mengidamkan trofi.

Klinsmann pernah meninggalkan kelab London utara itu di puncak kariernya untuk bergabung dengan Bayern Munich, namun dia yakin Kane mampu mencapai cita-citanya di bawah bimbingan Jose Mourinho.

"Dia mampu mencapai apa sahaja yang dia fikirkan," kata bekas prolifik Jerman itu kepada talkSPORT.

"Dia begitu berbakat, luar biasa dan dia kini memasuki tahap yang jauh lebih dewasa.

"Dia bukan pemain muda lagi walaupun anda menganggapnya begitu."



Tambahnya yang pernah beraksi untuk Spurs dalam dua tempoh: "Melihatnya dari kejauhan, saya menginginkannya meraih gelaran. Sebagai pemain profesional, andai anda berpeluang mewakili lima pasukan terbaik di mana-mana negara di dunia, maka ia mengenai kejuaraan.

"Oleh itu, saya mendoakan Spurs dan untuknya semoga dapat menjulang piala -- itulah yang penting pada penghujung hari kelak.

"Itulah sebabnya saya meninggalkan kelab itu pada 1995. Walaupun saya seronok di White Hart Lane, saya harus berangkat ke Bayern Munich kerana saya berkata, 'masa saya semakin suntuk. Saya sudah berusia 31 tahun dan saya perlu memenangi beberapa piala lagi'.

"Tetapi dia memiliki kesempatan itu dengan Spurs, dia memiliki pengurus, pasukan yang hebat dan kami berharap ia akan berhasil tidak lama lagi."