MANCHESTER CITY 2 SOUTHAMPTON 1

Pep Guardiola menyifatkan keyakinan merupakan kunci di sebalik prestasi cemerlang Raheem Sterling buat Manchester City selepas pemain sayap England itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Southampton pada penghujung permainan.


Sterling merupakan wira kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris itu ketika berdepan The Saints, dengan gol pada minit ke-96 memastikan kemenangan 2-1 di Stadium Etihad.

Sterling – yang menjaringkan 13 gol dalam semua kejohanan musim ini - sekali lagi muncul wira buat The Citizens mengekalkan kelebihan lapan mata selepas 14 perlawanan.

Pengendali City, Guardiola, memuji persembahan yang dipamerkan oleh pemain berusia 22 tahun itu.

"Ia merupakan jaringan yang sangat istimewa kerana lawan telah cuba menutup ruang dengan sebaik mungkin -- 10 pemain berada dalam kotak penalti," katanya.

"Raheem masih muda muda. Peningkatannya sangat menakjubkan dan saya meyedari dia mampu mengubah keputusan perlawanan."

Kevin de Bruyne menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa kedua sebelum Oriol Romeu menyamakan kedudukan pada penghujung permainan sebelum Sterling mengulangi prestasinya ketika meraih kemenangan pada penghujung permainan ke atas Huddersfield Town, hujung minggu lalu.