Kestabilan dalam pasukan mudahkan tugas Guardiola

Oleh Penulis Jemputan 11 November 2018 254
Kestabilan dalam pasukan mudahkan tugas Guardiola
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, percaya pasukannya kini sudah menyesuaikan diri dengan falsafah bola sepaknya dalam menjadi pasukan yang lebih stabil.

City akan melayan kunjungan seteru utama, Manchester United, yang sebelum ini menewaskan mereka 3-2, April lalu.

City kini berkelebihan dua mata di kedudukan teratas liga dan kemenangan di Stadium Etihad malam ini akan meningkatkan tekanan ke atas pencabar terdekat, Liverpool dan Chelsea.

Mereka mendominasi saingan domestik sejak 18 bulan lalu selepas musim pertama yang sukar buat Guardiola apabila gagal meraih sebarang trofi dan tamat di kedudukan ketiga liga.

Namun, bekas pengendali Barcelona itu menyatakan adalah sesuatu yang normal untuk pasukannya mengambil masa mengadaptasi cara permainan yang diterapkannya.

"Saya berasakan semua pengurus memerlukan masa, bukan hanya saya," katanya dalam sidang media.

"Kami jauh lebih baik berbanding ketika musim pertama saya bersama mereka. Ia sesuatu yang normal.

"Setiap pengurus perlu menilai peningkatan pasukan dan jika lebih baik, ia satu petanda yang bagus.

"Kami dapat berasakan yang kami lebih stabil musim ini.

"Kami mungkin tewas nanti. Ia sebahagian daripada permainan dan bukan isu besar.

"Kami tewas kepada United musim lalu dan kami sangat kecewa.

"Namun, kami tidak menyesali perubahan yang kami lakukan dalam pasukan. Ia lebih meyakinkan kami kini," katanya lagi. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen