Kesilapan individu punca Spurs gagal menang -- Mourinho

Oleh Ammar Hakim 14 Januari 2021 759
Kesilapan individu punca Spurs gagal menang -- Mourinho
Jose Mourinho menyatakan 'kesilapan individu' adalah sebab Tottenham gagal meraih kemenangan.

Spurs dilihat menyasarkan tempat ketiga saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil jaringan Harry Kane ketika berdepan Fulham, tetapi skuad kendalian Mourinho namun terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila Ivan Cavaleiro kembali mengikat jaringan buat Fulham pada minit ke-74.

Selepas memenangi tiga perlawanan pembukaan tahun 2021, keputusan seri ini memberikan peringatan buat Tottenham mengenai kebimbangan dalam barisan pertahanan mereka.

Tottenham kini hilang 10 mata daripada kedudukan kemenangan dalam perlawanan liga musim ini, dan Mourinho menyalahkan kesilapan individu, sementara terpaksa meratapi kegagalan menyempurnakan peluang, selepas dua kali Son Heung-min gagal mengatasi Alphonse Areola, sebelum penyerang Korea Selatan itu menggegar palang dalam separuh masa kedua.

"Tiga atau empat peluang terhasil dalam separuh masa pertama boleh menjadi keputusan yang berbeza, peluang terhidang dalam separuh masa kedua mampu mematikan perlawanan dan jaringan yang dibolosi sesuatu yang tidak dapat dielakkan," kata Mourinho.

"Kami mampu menoktahkan kemenangan dan sekali lagi kami kehilangan pemain dalam kotak penalti. Ia berlaku setiap kali ketika bertahan dalam situasi bola mati dan kali ini berlaku dalam permainan terbuka.

"Kesilapan ini bersifat individu, ia bergantung kepada kualiti individu dan kesilapan individu. Saya tidak boleh membincangkannya lebih lagi."
 
Tottenham sekurang-kurangnya tidak tewas dalam lapan pertembungan derby London dalam saingan EPL (menang 3 seri 5), sejak tewas kepada bekas kelab Mourinho, Chelsea Februari tahun lalu.

Spurs sekadar melakukan lima percubaan dalam separuh masa kedua, berbanding lapan daripada Fulham, dan Pierre-Emile Hojbjerg mahukan peningkatan dipamerkan pasukannya.

"Sangat mengecewakan. Saya fikir kami harus bermain dengan lebih baik, dalam beberapa aspek permainan, sukar untuk bercakap sekarang kerana emosi yang membelenggu ketika ini," katanya.

"Lebih berani, lebih fokus dalam mengatur pasukan dan mantap sebagai satu pasukan itu perkara yang perlu dilakukan sekarang."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen